Sunday, July 1, 2012

Sepanjang kerjaya saya sebagai guru dan penulis, saya menyumbang beberapa bentuk kepakaran saya di luar sekolah atau di luar profesion saya. Kebanyakan sumbangan saya diberikan dalam bentuk kursus, bengkel dan bimbingan serta pembentangan kertas-kertas kerja, penyertaan dalam jawatankuasa tertentu, yang bersifat kekal atau sementara.

Untuk melonjakkan ketrampilan dan kepakaran saya menghadiri pelbagai jenis kursus, bengkel dan majlis keilmuan semata-mata untuk memperoleh, memahami, menggunakan, menyimpan dan kemudian mengongsi ilmu yang diperoleh itu demi kebaikan dan perkembangan tamadun bangsa sendiri.